
Zaman sekarang macam-macam pekerjaan kita buat untuk menampung kos sara hidup yang kian mencabar ini. Tambah pula, musim pandemik wabak ini, ramai yang ‘survive’ untuk menampung perbelanjaan mereka.
Menerusi satu laman Twitter milik Animaaras berkongsi tentang seorang lelaki yang membuka ‘booth’ di kenderaannya dengan menawarkan perkhidmatan asah pisau.

Bagi sesiapa yang berkelapangan dan mencari tempat perkhidmatan asah pisau, inilah tempatnya di Taman Dagang, Ampang. Ada hari ditempat lain, sebelum datang pastikan hubungi abang asah pisau ini terlebih dahulu.

Sumber: Twitter Animaaras