Impian Wanita Ini Kena Tahan Dengan Polis Akhirnya Tercapai
Gambar: Victoria Police

Tak Pernah Langgar Undang-Undang, Impian Wanita Ini Kena Tahan Dengan Polis Akhirnya Tercapai

Sofea

Tak Pernah Langgar Undang-Undang, Impian Wanita Ini Kena Tahan Dengan Polis Akhirnya Tercapai

Setiap orang pasti mempunyai banyak impian atau bucket list yang ingin dilakukan di dalam hidup. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang tidak masuk akal dan mungkin kedengaran agak pelik.

Seperti wanita warga emas di Australia ini yang mempunyai impian untuk ditangkap oleh pihak polis dan ia akhirnya tercapai baru-baru ini.

Memetik laporan India TV News, wanita tersebut telah ‘ditahan‘ oleh pihak polis ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100.

Gambar: Victoria Police

Pihak Polis Victoria telah memenuhi permintaannya dengan memecah masuk ke parti hari lahir wanita itu untuk ‘menahannya’. Ketika itu, dia dikatakan telah digari dan dibawa keluar dari Narracan Gardens Residential Aged Care oleh pegawai polis, menjadikannya secara ‘rasmi’ telah ditangkap.

Sebaik ‘ditahan’, mereka merakam gambar kenangan bersama dan memuat naiknya ke dalam laman Facebook.

“Bagi kebanyakan orang, menjalani kehidupan tanpa ditangkap adalah satu perjalanan yang cukup baik.

“Tetapi bagi bekas jururawat yang meraikan hari jadinya ke-100 baru-baru ini, ditahan oleh polis merupakan salah satu bucket list yang diinginkannya,” kata Polis Victoria menerusi perkongsian itu.

impian warga emas nak ditahan
Gambar: Victoria Police

Difahamkan, wanita itu telah menjadi jururawat tentera selama bertahun-tahun sehingga dia akhirnya memutuskan untuk berhenti kerja.

Dia tidak pernah menghadapi masalah berkaitan undang-undang sepanjang hayatnya dan ketika usianya sudah lanjut, dia teringin ditangkap oleh polis.

Sumber: India Tv News

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”