
Tak Perlu Sambungkan Ke Telefon, Aplikasi Google Maps Pada Wear OS 3 Kini Dikemaskini
Google dilaporkan secara rasmi mengemaskini aplikasi navigasi, Google Maps pada Wear OS 3, menjadikan ia boleh diakses di jam pintar tersebut tanpa perlu disambungkan pada telefon.
Difahamkan, Google Maps pada sistem berkenaan disambungkan secara LTE walaupun tidak mengakses telefon. Untuk terus kekal menggunakan ciri terbaru ini, pengguna perlu mempunyai akses internet yang kekal aktif seperti LTE atau Wi-FI.
Maps boleh digunakan secara terus daripada jam dan ia turut menyediakan sambungan kepada telefon Android sahaja.
Tambah Google, ciri khas ini hanya terdapat pada jam yang memiliki sistem Wear OS 3 sahaja.
Penambahbaikan ciri ini sangat berguna kepada mereka yang sering melakukan aktiviti bersukan dan lasak seperti berlari atau menunggang basikal di jalan yang memerlukan sokongan navigasi.
Walau bagaimanapun, ciri ini hanya terdapat pada jam tangan pintar yang mempunyai akses LTE (data selular).
Oleh itu, bagi mereka yang ingin merasai pengalaman baru penggunaan Google Maps pada smartwatch disarankan untuk membeli varian LTE.
Untuk pengetahuan, Wear OS merupakan salah satu sistem operasi yang memfokuskan kepada jam tangan oleh Syarikat Google sejak tahun 2014.
Pada awalnya, ia dikenali sebagai Android Wear namun ditukar kepada Wear OS pada tahun 2018.
Sumber: Android Police