lima asean sistem qr
Gambar: FOMO Pay

Tak Perlu Lagi Guna Dolar Amerika, Lima Negara ASEAN Ini Akan Pakai Sistem Pembayaran QR Yang Sama

Faiz Mustafa

Tak Perlu Lagi Guna Dolar Amerika, Lima Negara ASEAN Ini Akan Pakai Sistem Pembayaran QR Yang Sama

Bank Pusat kepada lima negara di Asia Tenggara (SEA) bersetuju untuk menyambungkan sistem pembayaran mereka pada November tahun ini dengan membolehkan urusan transaksi urus niaga lebih mudah kepada para pelancong dan pengembara di rantau ini.

Perjanjian tersebut akan menyambungkan dua sistem pembayaran saling berkait yang ada ketika ini iaitu yang menghubungkan Malaysia, Indonesia dan Thailand serta satu lagi yang menghubungkan Singapura dengan Thailand.

Difahamkan, perjanjian baru ini melibatkan Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina iaitu lima negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Sekiranya berjaya dilaksanakan, perjanjian ini membenarkan pembayaran dibuat menggunakan matawang tempatan, dan mengetepikan keperluan penggunaan matawang Dollar Amerika sebagai matawang perantaraan.

Pada 2019, Singapura telah pun mula melancarkan pembayaran menggunakan QR rentas sempadan dengan Thailand sebagai satu perjanjian dengan Bank Komersial Siam Thailand dan Liquid Group yang berpangkalan di Singapura.

Sistem tersebut membolehkan pelancong Thailand membuat pembayaran di Singapura menggunakan aplikasi QR Thai milik mereka sendiri.

Memetik Bloomberg, pengarah urusan Kementerian Kewangan Singapura (MAS), Ravi Menon berkata bahawa dia percaya perjanjian itu akan menjadi infrastruktur yang baik kepada orang awam yang akan meningkatkan rangkuman kewangan, kecekapan dan peluang perniagaan baharu kepada rakyat.

Di samping itu, kumpulan bank pusat akan berusaha untuk menghubungkan rangkaian kelompok serantau lain di seluruh dunia dan mungkin akan mengembangkan rangkaian itu kepada pindahan bank secara nyata dan juga mata wang digital bank pusat.

Dalam pada itu, Singapura sudah pun mempunyai sistem QR menerusi aplikasi SGQR yang telah dilancarkan pada tahun 2018. Sejak itu, bank-bank utama juga telah turut serta termasuk DBS dengan aplikasi Paylah, UOB dengan PayNow. Malah, syarikat pemula seperti FOMO Pay dan Grab juga turut serta menggunakan sistem yang sama.

BACA: Matang Tetapi ‘Garang’, Rupa Civic Type R Serba Baharu Kini Didedahkan

BACA JUGA: Boleh Ke Makan Atau Pakai Barang Hasil Jual Beli ‘Cedok-Cedok’? Ini Penjelasannya

Sumber: Bloomberg