Seorang pereka dalaman telah mendedahkan beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan rumah anda kelihatan mewah dan anggun.
Kristen McGowan berkata bahawa anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk menjadikan rumah anda kelihatan mewah, beberapa princian yang kecil sahaja diperlukan.
“Saya rasa teruja apabila dapat menghias sesuatu tempat yang menarik tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak,” katanya.
Perkara pertama yang ditekan olehnya ialah pemilihan warna dinding rumah.
Pemilihan warna dinding lebih baik jika menggunakan warna yang neutral seperti warna putih panas, secara automatik rumah anda akan kelihatan lebih mewah.
Selain daripada membuatkan rumah anda kelihatan mewah, penggunaan warna putih membolehkan anda melihat warna yang sesuai bagi aksesori rumah anda.
Seterusnya ialah ‘rule of three’ di mana setiap aksesori perlu dipasangkan dengan tinggi, bentuk, dan tekstur yang berbeza untuk menjadikan meja kopi dan kabinet anda kelihatan mewah.
Yang seterusnya ialah pemilihan perabot, jika siling rumah anda rendah atau bilik kecil, anda boleh gunakan perabot yang ringan dan kecil untuk menaikkan seri ruang tersebut.
Penggunaan perabot pada dinding juga tidak digalakkan, kerana titik fokus daripada perabot akan membuatkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih mewah.
Selain itu cara lain yang boleh anda lakukan ialah penggunaan sarung kusyen yang lebih kecil untuk kusyen anda. Ini akan menjadikan kusyen anda kelihatan bulat, gebu, dan penuh.
Oleh itu, jika anda inginkan rumah anda untuk kelihatan mewah dan cantik anda bolehlah cuba beberapa cara ini.
Sumber: The Sun