Setiap kali nak masuk ke kedai atau premis perniagaan, mesti kena scan MySejahtera supaya maklumat kita dapat direkodkan telah mengunjungi premis berkenaan. Tapi kadang-kadang, nak cari aplikasi MySejahtera agak susah di sebalik aplikasi-aplikasi lain yang banyak di dalam telefon pintar.
Sebelum ni, ramai pengguna Iphone tunjuk cara buka MySejahtera dengan hanya menggunakan back tap. Tetapi sebenarnya pengguna Android pun boleh bukak aplikasi tersebut dengan cara yang lebih cepat dan lebih mudah tanpa perlu masukkan password. Jadi, tiadalah tercari-cari aplikasi MySejahtera dekat dalam handphone tu. Tidak perlu belek-belek lama, terus keluar aplikasi MySejahtera lepas ikut langkah-langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Ikhwan di laman Tiktok.
Pergi ke Setting dan klik Convenience Tools
Klik Gestures & motions
Turn on Screen-off Gestures
Klik Slide Right atau mana-mana pattern yang diinginkan.
Pilih Start an App
Klik aplikasi MySejahtera
Nak lebih faham, jom tonton video di bawah.
Sumber: Tiktok ikhwanmeteor