Makin dekat dengan tarikh perkahwinan, makin banyak drama muncul. Si ibu nak pelamin mewah, mentua pula minta kurangkan kos hantaran, ayah nak jemput semua rakan-rakan, pengantin pula sudah tentu ada tema idaman. Masalahnya, jika ikutkan hati semua orang, makin bertambahlah tekanan pengantin.
Nak tak kami kongsikan cara rahsia untuk adakan majlis perkahwinan grand, tanpa perlu banyak drama pun? Yang penting ramai senang hati sebab boleh buat majlis meriah tanpa perlu keluarkan duit yang banyak.
Ha, kalau korang nak tahu, Viu Malaysia dan syarikat perancang perkahwinan, Reka Teemor sedang mencari pengantin untuk menaja pakej perkahwinan bernilai RM350,000. Mewah betul, kan?
Syaratnya mudah sahaja, korang mestilah sudah berkahwin, namun belum sempat menjalankan majlis resepsi perkahwinan.
Caranya, kongsi drama-drama yang muncul semasa merancang perkahwinan korang yang membuatkan persiapan menjadi tunggang terbalik hingga majlis tak dapat dilangsungkan. Kongsikan juga sebab kenapa korang perlu mempunyai majlis resepsi perkahwinan impian.
Kalau korang nak tahu, Reka Teemor ni dah banyak buatkan pelamin untuk selebriti-selebriti terkenal termasuk Mira Filzah, Neelofa dan Fazura.
Jadi inilah peluang untuk korang realisasikan majlis yang tertangguh tadi dengan penuh gilang gemilang.
Peraduan hingga 15 September 2022
Disebabkan tarikh untuk sertai Peraduan Kisah Ijab Kabut Ku dah nak tamat, korang kena bertindak cepat.
Follow akaun rasmi Viu Malaysia di Instagram dan Tiktok.
Kongsi kisah cabaran yang korang hadapi hingga tak dapat melangsungkan majlis perkahwinan di akaun Instagram dan Tiktok korang sama ada dalam bentuk gambar dan kapsyen atau video.
Muat naik di akaun Instagram atau TikTok korang dan tag @ViuMalaysia, dengan hashtag #KisahIjabKabutKu.
Kemudian, isi borang peraduan di sini. Pemenang peraduan akan diumumkan pada pertengahan September 2022.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Korang hanya perlukan modal RM50 sahaja untuk perkara-perkara kecil seperti Internet, minyak kereta dan bil, malah mungkin lebih murah untuk dapatkan majlis impian korang. Jadi jangan buang masa, hantar video atau gambar korang sekarang. Semoga berjaya!