Kemalangan jalan raya boleh dikatakan kerap berlaku atas beberapa faktor. Penunggang motosikal terutamanya lebih berisiko terlibat dengan kemalangan atas sebab kenderaan yang lebih kecil berbanding kenderaan lain.
Tidak dapat dinafikan, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bahaya yang sememangnya tidak dapat dijangka.
Keadaan tersebut dialami oleh seorang pengguna Twitter, Hafiz, yang nyaris kemalangan kerana jaket yang dipakai tersangkut pada rantai motosikal miliknya.
Menerusi kirimannya, dia bersyukur kerana Tuhan telah menyelamatkannya.
Pihak Siakap Keli telah menghubungi Hafiz sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu.
Menurutnya, dia menyarungkan jaket itu dari bahagian hadapan dan tidak menyedari bahawa jaket itu boleh meleret sampai ke tayar.
Tambahnya lagi, dia hampir terjatuh namun bernasib baik apabila dia mampu mengawal motosikal miliknya dan dapat mengelak dari kemalangan yang lebih bahaya.
Hafiz menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa menunggang motosikal agar kejadian sepertinya tidak berlaku.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata dari mereka juga berharap agar kejadian seperti itu tidak terjadi lagi.


Sumber: mhfzl7