
Kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya. Walau beraya dalam norma baharu, kedatangan Syawal tetap perlu diraikan. Ramai yang telah membuat persiapan termasuklah menyiapkan kuih raya, hidangan wajib yang perlu ada di atas meja.
Ada yang nak mencuba membuat sendiri kuih raya pada tahun ini tetapi tidak mempunyai oven atau ketuhar? Jangan risau sebab tanpa oven pun anda boleh membuat sendiri kuih raya seperti dan samperit dan biskut-biskut yang lain.
Menerusi perkongsian oleh Puan Sue di Page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook, beliau berjaya membakar kuih semperit yang cantik hanya dengan menggunakan pemanggang ajaib.
Cuma nak share kepada yang berhasrat nak buat biskut raya tapi tak ada oven.. boleh guna pemanggang ajaib.. pertama kali saya bakar biskut gna pemanggang ajaib, hasilnya tidak mengecewakan…


Letak pelapik besi ni dulu lepastu alas dengan aluminum foil…



Meninjau ke ruangan komen, terdapat pelbagai tips yang boleh diikuti oleh anda yang ingin mencuba membakar biskut raya menggunakan pemanggang ajaib. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!






Sumber: FB Puan Sue via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)