Rusia bayar minyak dirham
Gambar: AFP

Tak Mahu Guna Dolar, Rusia Dilapor Minta India Bayar Pembelian Minyak Guna Matawang Dirham

Faiz Mustafa

Tak Mahu Guna Dolar, Rusia Dilapor Minta India Bayar Pembelian Minyak Guna Matawang Dirham

Rusia dilapor meminta transaksi urus niaga pembelian minyak dengan beberapa pelanggannya di India dilaksanakan menggunakan mata wang Dirham United Arab Emirates (UAE).

Ia susulan pendedahan beberapa sumber dokumen penting yang menunjukkan usaha Moscow untuk menjauhkan diri dari menggunakan matawang Dolar AS untuk melindungi ekonomi mereka dari menanggung kesan teruk akibat sekatan Eropah.

Rusia sebelum ini telah dikenakan pelbagai sekatan khususnya sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya diatas tindakan negara itu menceroboh Ukraine pada akhir Februari yang juga disebut sebagai ‘operasi ketenteraan khas’.

Memetik CNBC, invois yang dilihat oleh Reuters jelas menunjukkan bil tersebut adalah untuk bekalan minyak dari sebuah syarikat penapisan yang terlebih dahulu dikira dalam matawang Dolar, sebelum ditukar dan diminta dijelaskan dalam matawang Dirham UAE

Syarikat minyak utama, Russia Rosneft menjual minyak mentah menerusi firma perdagangan termasuk Everest Energy dan Coral Energy di India yang kini merupakan pembeli minyak kedua terbesar selepas China.

Sekatan Barat menyebabkan banyak pengimport minyak terpaksa menghentikan seketika daripada melakukan sebarang urus niaga dengan Rusia. Ia mendorong harga spot minyak crude negara itu dijual pada harga diskaun berbanding gred minyak yang lain.

Oleh itu, ia memberikan manfaat kepada syarikat penapisan India, yang jarang membeli minyak Russia kerana kos pengangkutan yang tinggi, peluang untuk meningkatkan eksport pada diskaun yang besar berbanding minyak gred Brent dan dari Timur Tengah.

Moscow telah menggantikan Arab Saudi sebagai pembekal minyak terbesar ke India selepas Iraq untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Jun.

Dalam pada itu, sebanyak dua syarikat penapisan India telah menjelaskan pembayaran dalam bentuk dirham dan akan membuat pembayaran yang sama dalam beberapa hari akan datang.

Invois tersebut merupakan pembayaran yang perlu dibuat kepada Gazprombank melalui Mashreq Bank, bank responden di Dubai.

United Arab Emirates berusaha untuk mengekalkan kedudukan neutral yang tidak mengenakan sekatan kepada Moscow, tapi urus niaga itu akan mengecewakan beberapa pihak di Barat.

Firma perdagangan yang digunakan oleh Rosneft telah mula meminta pembayaran dolar dalam bentuk dirham mulai bulan ini, menurut sumber itu, lapor CNBC.

BACA: Tak Perlu Lagi Guna Dolar Amerika, Lima Negara ASEAN Ini Akan Pakai Sistem Pembayaran QR Yang Sama

BACA JUGA: Rajin Potong Rumput & Basuh Karpet, ‘Minah Saleh’ Gigih Cari Rezeki Bantu Suami Melayu Alami Strok

Sumber: CNBC