Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram
Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli seberat 68.94 kilogram semasa sedang bercuti di Sepanyol, lapor Daily Mail.
Kejayaan itu sekaligus melayakkan, Joshua Davenport, 11, merangkul rekod Eropah kategori ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap oleh seorang kanak-kanak.
Difahamkan, ikan berkenaan didaratkan oleh Joshua ketika keluar memancing bersama ibu dan bapanya serta sepupunya di Sungai Ebro.
Ibu Joshua, Lorna berkata mereka melihat batang pancing milik Joshua membengkok dengan sangat kuat ketika umpan disambar ikan keli berkenaan.
Kredit Lorna King/BPNSMenurut Daily Mail lagi, Joshua terpaksa bertarung selama 25 minit sebelum berjaya menumpaskan ikan tersebut.
Malah, mereka memerlukan kekuatan tiga orang dewasa untuk membawa naik ikan keli yang ditangkap Joshua ke darat.
Budak 11 tahun tangkap ikan keli berat 68 kilogram
Selain memiliki berat puluhan kg, panjang ikan keli itu juga berurukan 9 kaki. Ia lebih panjang jika hendak dibandingkan dengan ketinggian Joshua sendiri yang hanya berketinggian 5 kaki 5 inci.
Kejayaan menaikkan ikan itu sekaligus juga meleburkan rekod peribadi Joshua dimana ikan terberat yang pernah ditangkapnya adalah seberat 50 kilogram.
Sementara itu, Lorna menambah bahawa memancing sudah menjadi hobi anaknya sejak sekian lama. Malah, Joshua sebenarnya mula menunjukkan minat terhadap aktiviti memancing sejak berusia 4 tahun lagi.
“Memancing adalah segala-galanya untuk Josh. Dia memilik joran pertamanya pada usia empat tahun dan ikan keli pertama yang berjaya ditangkap adalah seberat 10 kilogram ketika berusia enam tahun.
“Josh sudah memancing beribu-ribu ekor ikan. Tetapi ikan yang paling dia suka adalah ikan keli,” kata Lorna lagi.
Menurut Lorna, ia selalu menjadi impian Joshua untuk memburu ikan dengan berat sekurang-kurangnya 45 kilogram ke atas.
Apabila ikan keli berkenaan menyambar umpan tersebut dan melihat keadaan batang pancing ketika itu, mereka tahu saiz ikan itu sangat besar.
Jadi katanya, mustahil untuk Joshua mengsia-siakan peluang itu dan berusaha gigih untuk mendaratkan ikan berkenaan.
Kredit Lorna King/BPNSBACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
Sumber: Daily Mail