Demi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna jalan raya, anggota polis dan pihak DBKL berganding bahu sama-sama membantu membersihkan saliran air yang tersumbat di Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi di Ibu Kota yang ditenggelami air akibat hujan lebat.
Memetik daripada laporan Polis Kuala Lumpur memaklumkan terdapat hampir 10 jalan yang tidak boleh dilalui kerana dinaiki air di Ibu Kota.
Susulan daripada kejadian banjir kilat tersebut, antara jalan yang dinaiki air termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh/ Jalan Rahmat, Jalan Ipoh/ Jalan Rahmat, Jalan Kampar off Jalan Sentul, Bulatan Dato , Kampung Periuk, Jalan Duta Mas dan Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi.
Polis tolong pihak DBKL






Menurut Polis KL, terdapat jalan yang tidak dinaiki dan boleh dilalui antaranya Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Brunei/Jalan Pudu, Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Maharajalela.
Bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dikemas kini.
Sumber: Polis KL
Baca juga: Sampul Duit Raya Banyak Lebih, Lelaki Anyam Jadi Gubahan & Lukisan Cantik Buat “Frame” Hiasan Rumah