
Buah kurma cukup terkenal pada bulan Ramadan. Mana taknya, ramai yang akan membelinya untuk dijadikan ‘pemanis mulut’ ketika berbuka puasa atau bersahur.
Tidak dinafikan ramai di antara kita yang terus makan buah kurma tanpa membasuhnya. Memandangkan kurma yang dbelinya dipek dengan elok di dalam kotak, mungkin ramai yang menganggap ia bersih, suci dan boleh terus dimakan, kan?
Namun, hakikatnya ramai yang tidak tahu sebenarnya kurma perlu dibersihkan dahulu sebelum makan.
Kali ini, SK nak kongsikan info daripada Niena Samsir atau lebih mesra dengan panggilan ‘ummi’ tentang kebersihan kurma dan cara mencuci kurma tersebut sebelum dimakan.
“Ok, ini ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?.
Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?),” tanya wanita ini lagi.
Katanya, tak kisahlah anda beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
“Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.”
Jadi, kita perlu cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita mahu makan.

Pada masa yang sama, wanita ini turut memberi tips dan cara membersihkan kurma yang dibeli sama ada terus dari ladang atau sudah berada di dalam kotak di pasaran.
“Tetapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis sahaja lepas itu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, InshaAllah tahan lama.”
“Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih,” ujarnya.
Sumber: Niena Samsir
Baca juga: Wanita Kongsi Tips Sahur Kenyang Lama Siap Boleh Turun Berat 10 Kg Sebulan