Sebuah trak tangki yang memuatkan 5,000 liter minyak tanah dilaporkan telah terbalik di jalan Desa Eti, Seram Barat pada Selasa lalu.
Menurut Kompas, trak tangki Pertamina itu terbalik ketika melalui jalan sempit dan menyebabkan minyak tanah di dalam tangki tertumpah.
Namun, apa yang membimbangkan adalah apabila penduduk telah pergi ke trak itu untuk mengambil minyak tanah tersebut.
Difahamkan, kebanyakan mereka yang merupakan golongan ibu pergi ke tempat kejadian dengan membawa tong masing-masing tanpa menghiraukan bahaya yang menanti jika berada berdekatan lori tangki itu.
Gambar Via Kompas.comMalah, ada beberapa orang yang memberi amaran kepada penduduk agar tidak mendekati lori itu kerana khuatir berlaku letupan. Namun, amaran itu tetap tidak diendahkan oleh mereka.
“Tadi ramai penduduk yang datang untuk mengambil minyak tanah yang tumpah menggunakan tong.
“Sempat tadi saya dengar ada yang melarang tetapi mereka ketawa saja dan terus berebut mengambil minyak tanah yang tumpah itu,” kata salah seorang penduduk, Salim.
Sementara itu, Ketua Trafik Polis Seram Barat, Iptu Chris Soissa mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku pada jam 9 pagi dan telah membawa pemandu lori tersebut ke balai polis tempatan untuk disoal siasat.
Sumber: CNN Indonesia