Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami masalah dimana warna pada corak batik di kain menurun kan?
Bila dah jadi macam tu, rasa sedih dan geram tu pasti akan timbul. Lagi-lagi jikalau kain itu tidak pernah dipakai.
Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Faryna Mohd Khalis ada berkongsikan tentang cara untuk mengatasi masalah tersebut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis & down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi.
Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net. Yang best, tak effect pon corak & warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share sikit ilmu ni.
Bahan :-
Lemon + sabun serbuk sket + air panas + air paip sikit je. (btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).
Cara-cara :-
Rendam dalam 5-10 minit, terus keluar semua tompok-tompok colour biru yang menurun kat bahagian putih tu. Then bilas dengan air bersih & sidai. Siap! Selamat mencuba.
Sumber: Faryna Mohd Khalis