Satu perlawanan bola sepak liga amatur terpaksa dihentikan pada minit ke-92 selepas pengadil dilaporkan menanduk seorang penyokong, lapor The Sun.
Perlawanan antara Stanley Athletic AFC dan Port Glasgow United itu memperlihatkan pengadil tersebut ‘menerkam’ penyokong yang berada di tepi padang di Renfrew, Renfrewshire, sabtu lalu.
Salah seorang penonton berkata semua orang terkejut melihat insiden tersebut.
“Pengadil pergi ke tepi padang dan menghantukkan kepala pada salah seorang penonton.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini,” kata penonton tersebut.
Rakaman video berdurasi 11 saat itu menunjukkan pengadil yang memakai baju kuning pergi ke garisan tepi sebelum menanduk seorang lelaki yang kelihatan berusia dalam lingkungan 20-an.
Tindakannya itu telah dilaporkan kepada FA Amatur Scotland dan kini kes tersebut juga sedang disiasat oleh Ketua Strathclyde Saturday Morning League.

Bagaimanapun, butiran mengenai penalti atau denda yang akan dikenakan untuk kelakuan ganas itu tidak didedahkan.
“Pegawai telah menerima laporan mengenai serangan ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun sekitar jam 12 tengah hari pada Sabtu di padang permainan King George V, Renfre,” kata setiausaha Strathclyde Saturday Morning League, Andy Bryant.
Sumber: The Sun