Majoriti daripada kita pasti sudah sinonim dengan produk sunscreen dan sunblock atau produk pelindungan matahari tidak kira dari jenama apa sekalipun.
Pasti ramai juga yang perasan dua istilah yang tertulis pada botol produk tersebut iaitu SPF dan PA. Terdapat produk pelindungan matahari dengan SPF yang rendah, dan ada juga yang tinggi. Nilai PA juga berbeza daripada PA+ hingga PA++++.
Mungkin ramai di antara kita yang hanya memakai produk pelindungan matahari sekali sahaja sebelum keluar dari rumah. Tahukah anda produk pelindungan matahari perlu dipakai semula selepas waktu tertentu? Macam mana nak tahu?
Mari ikuti perkongsian Doktor Shindy yang mungkin menjawab persoalan anda.
Apa itu PA?
PA adalah singkatan bagi protection grade of UVA yang mencegah kulit daripada menjadi kusam, gelap dan menghalang penuaan. Tapi kenapa ada produk dengan PA+, PA++, PA+++ dan ada juga PA++++? Apa bezanya?
Simbol ‘+’ selepas PA bertujuan untuk menunjukkan tingkat perlindungan yang diberikan daripada UVA. Semakin banyak simbol ‘+’, semakin tinggi perlindungan yang diberikan kepada kulit anda terhadap UVA.
Apa itu SPF?
SPF ialah singkatan bagi sun protection factor yang berfungsi untuk menghalang kulit daripada terdedah secara terus kepada sinaran Ultraviolet B (UVB) yang dipancarkan oleh matahari.
Kenapa nilai SPF berbeza-beza? Nilai yang diberikan kepada SPF bukan sahaja bertujuan untuk menunjukkan pergandaan perlindungan yang diberi kepada kulit anda, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui bila anda perlu memakai semula produk pelindungan matahari pada kulit.
Kulit manusia hanya mampu bertahan di bawah sinaran matahari tanpa apa-apa perlindungan selama 10 minit. SPF bertujuan untuk menambah 10 kali ganda perlindungan kulit terhadap sinaran matahari.
Macam mana nak tahu bila kena pakai semula sunblock/ sunscreen?
Untuk mengetahui bila perlu memakai semula produk pelindungan matahari anda, hanya perlu darabkan nilai SPF produk pilihan anda dengan 10 minit. Hasil daripada nilai darab tersebut menunjukkan pada minit keberapa anda perlu memakai semula produk pelindungan matahari selepas pemakaian pertama.
Contohnya, SPF 15 didarabkan dengan 10 minit bersamaan 150 minit atau 2 jam setengah. Jadi, anda perlu memakai semula produk pelindungan matahari selepas 2 jam setengah daripada pemakaian pertama.
Mudah kan? Jangan lupa bawa sekali sunblock atau sunscreen anda masa keluar rumah!
SUMBER: YouTube Dokter Shindy