Tajaan YPR – Sambung Degree BBA Online Sambil Bekerja
Anda merupakan seorang pekerja tapi belum ada kelulusan ijazah? Rasa gaji dan jawatan tidak seiring dengan pengalaman?
Boleh jadi juga, anda terlalu sibuk dengan komitmen keluarga hingga tak sempat sambung belajar? Jika ya, berita baik ini khas untuk anda!
Yayasan Pendidikan Rakyat (YPR) kini membuka peluang kepada golongan bekerja untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) secara dalam talian dengan tajaan biasiswa separa bernilai RM20,850.
Program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan kelayakan akademik, membuka ruang kenaikan pangkat dan gaji tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada.
Kredit : FB YPRApa itu Program BBA tajaan YPR?
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) merupakan kursus pengajian tinggi yang menumpukan kepada pembangunan kemahiran dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan keusahawanan.
Ia adalah salah satu ijazah paling relevan dan diiktiraf dalam dunia pekerjaan hari ini.
Melalui tajaan oleh YPR ini, pelajar akan mengikuti pengajian secara sepenuhnya atas talian. Ini membolehkan mereka belajar dari mana-mana lokasi mengikut masa sendiri sambil mengekalkan rutin kerja dan keluarga.
Butiran tajaan dan yuran pengajian
Yuran asal keseluruhan program ini adalah sebanyak RM40,800. Namun, dengan tajaan separa sebanyak RM20,850 daripada YPR pelajar hanya perlu menanggung baki sebanyak RM19,950 sahaja untuk keseluruhan tempoh pengajian.
Pembayaran ini pula boleh dilakukan menerusi:
Selain itu, pelajar hanya perlu menjelaskan yuran tambahan seperti:
Yang paling penting, tajaan ini tidak perlu dibayar balik dengan syarat pelajar berjaya menamatkan pengajian seperti yang ditetapkan.
Siapa yang layak memohon?
Program ini terbuka kepada:
Warganegara Malaysia
Individu yang sedang bekerja (swasta, kerajaan atau usahawan)
Pemegang kelayakan Diploma, STPM, STAM atau SKM Tahap 3
Mempunyai keputusan minimum CGPA 2.0 atau Maqbul
Kelebihan menyertai program ini
Pengajian fleksibel 100% online. Sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja atau berkeluarga
Kelayakan diiktiraf MQA. Sah untuk mohon jawatan kerajaan atau naik pangkat
Tajaan separa RM20,850 untuk kurangkan beban kewangan pengajian
Peluang cerah untuk kemajuan kerjaya dan gaji
Belajar mengikut masa anda sendiri tanpa ganggu rutin harian
Tarikh tutup permohonan
Permohonan akan ditutup pada 30 Jun 2025.
Cara mohon
Permohonan boleh dibuat secara terus di laman web rasmi Yayasan Pendidikan Rakyat melalui pautan berikut:https://yayasanpendidikanrakyat.my/tajaan-bba-outsource/
Oleh itu, jangan biarkan kelayakan akademik yang terhad menghalang potensi sebenar anda. Dengan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) tajaan YPR ini, anda boleh memperoleh degree yang diiktiraf tanpa perlu berhutang besar atau berhenti kerja. Inilah masa terbaik untuk melabur dalam diri sendiri demi masa depan yang lebih terjamin.
BACA : 10 Tabiat Pemandu Yang Memendekkan Jangka Hayat Kereta
BACA : WiFi Rumah “Lag & Slow”, Ini 9 Cara Mudah Nak Atasi Masalah