”Sekiranya anda menaip ‘coronavirus’ di carian Facebook, anda akan melihat satu notifikasi yang akan membawa anda terus kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) atau pihak berkuasa kesihatan setempat bagi mendapatkan maklumat terkini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg.
Menerusi kenyatan yang dimuatnaik di Facebook rasmi miliknya semalam, beliau berkata, ianya merupakan satu usaha oleh Facebook dengan kerjasama beberapa organisasi kesihatan seperti WHO, CDC and UNICEF untuk menyebarkan maklumat yang tepat mengenai virus ini kepada pengguna seluruh dunia.

Malah, Facebook juga berusaha mengekang penyebaran maklumat palsu mengenai koronavirus sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
”Kami membuang maklumat palsu dan teori konspirasi yang memberi kesan kepada organisasi kesihatan dunia.
”Kami juga menghalang akaun individu yang cuba mengambil kesempatan dengan mengiklankan produk yang didakwa mampun mengubati virus ini,” katanya.
Bukan sahaja di Facebook, malah di Twitter juga turut ditetapkan seperti itu. Jika anda menaip ‘Covid-19’ di carian Twitter anda akan dibawa terus ke laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Mark Zuckerberg