
Tidak dapat membuang air kecil dalam tempoh beberapa jam pun sudah membuatkan ramai yang tidak selesa apatah lagi jika dalam tempoh yang lama.
Tetapi, lain pula bagi sejenis haiwan ini iaitu katak kayu di Alaska yang mampu menahan kencing selama 8 bulan lamanya sepanjang musim sejuk.
Para saintis yang melakukan kajian mendedahkan bagaimana haiwan tersebut mampu melakukan sedemikian dan mampu hidup seperti biasa.
Katak kayu mengitar semula urea (sisa utama dalam air kencing) kepada nitrogen berguna yang menjadikan katak ini tetap hidup semasa hibernasi dan membeku, di dalam dan di luar secara keseluruhan.
Meskipun tidak membuatkan tubuh mereka hangat, urea berfungsi melindungi sel dan tisu, bahkan ketika jantung, otak dan aliran darah berhenti.
Katak boleh melakukan ini kerana mikroba khas yang terdapat di dalam usus mereka mengitar semula urea, menurut kajian baru di dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B.
Ada yang memanggil katak sebagai sejenis antibeku, tetapi pengarang bersama kajian, Jon Costanzo, seorang pakar zoologi di Miami University di Ohio, tidak sependapat.
“Mata mereka putih. Kulit mereka sangat sejuk. Mereka seperti batu kecil. Mereka beku,” kata Costanzo.
Sekiranya katak itu manusia, mereka akan dianggap mati. Tetapi apabila suhunya panas, mereka akan kembali hidup, kata Costanzo.

Oleh itu, ini menjelaskan kenapa katak kayu merupakan salah satu mahluk yang boleh disebut sebagai mahluk mati yang hidup.
Katak kayu tinggal di seluruh Amerika dan di Lingkaran Artik. Beberapa katak kayu Alaska menjadi sejuk seperti sifar darjah (-18 darjah Celsius), katanya.
Setelah suhu panas menjelang musim bunga, katak kembali hidup dengan mencair dan mulai makan serta mengawan semula pada bulan Februari.
Ketika proses mencair, jantung mereka terus berdegup sebelum ais di badan mereka benar-benar cair. Selepas itu pernafasan paru-paru dan peredaran darah dipulihkan segera selepas itu.

Sebenarnya, apa yang dilakukan katak kayu Alaska ini tidak jauh berbeza dengan haiwan lain semasa hibernasi. Mereka juga tidak membuang air kecil ketika mereka sedang tidur.
Cuma apa yang membezakan adalah katak kayu ini membeku secara keseluruhan hingga suhu sifar darjah Celsius.
“Tentunya ini akan membunuh haiwan itu. Kami kagum dengan hibernasi beruang .
Tetapi saya rasa seekor haiwan yang memiliki kemampuan untuk membeku dan pulih seperti tidak ada yang terjadi, itu adalah sesuatu yang luar biasa seperti katak kayu,” tambah Costanzo.
Sumber: New York Post, Sains Kompas