Gambar: Lebrusan Studio

Tahu Masih Simpan Perasaan, Isteri Izin Suami Kahwini Bekas Kekasih, Ajak Tinggal Bersama

Shafikah

Tahu Masih Simpan Perasaan, Isteri Izin Suami Kahwini Bekas Kekasih, Ajak Tinggal Bersama

Seorang wanita di India dilapor membenarkan suaminya mengahwini bekas teman wanitanya selepas mendapat tahu kedua-duanya masih menyimpan perasaan antara satu sama lain. Lebih mengejutkan, wanita berkenaan dilapor turut mengajak madunya itu untuk tinggal bersama.

Menurut laporan Oddity Central, perkahwinan wanita berkenaan dengan suaminya, yang merupakan seorang pencipta kandungan berjalan dengan baik dan tidak berdepan dengan sebarang masalah. Bagaimanapun, suatu hari seorang wanita telah berpindah ke kampung halamannya dan cuba mendekati suaminya.

Setelah disiasat, dia mendapati wanita itu yang juga merupakan seorang Youtuber terkenal tempatan sebenarnya adalah bekas kekasih suaminya. Wanita itu dipercayai cuba mendekati suaminya untuk menjalin kembali hubungan yang terputus sebelum ini.

Difahamkan, suami dan bekas teman wanitanya sebelum ini berpisah selepas hubungan yang dibina dilanda masalah. Namun, selepas wanita itu pindah ke kampung tersebut dan bertemu dengan suaminya, mereka menyedari masih ada cinta antara mereka.

Si suami kemudian membawa bekas teman wanita itu bertemu dengan isterinya untuk meminta restu berkahwin. Si isteri pada awalnya merasa keliru dengan permintaan tersebut, namun kemudian mengambil keputusan mengejutkan apabila merestui hubungan kedua-duanya, malah turut menganjurkan upacara keagaamaan bagi mengikat tali pernikahan tersebut.

Isteri baharu suaminya turut meminta izin untuk tinggal bersama dan wanita berkenaan bersetuju dengan permintaan tersebut.

Beberapa keping gambar yang memperlihatkan suasana majlis perkahwinan tersebut turut menjadi tular di media sosial dan menarik pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata memberi kritikan kerana merasa si suami bertindak mengaibkan isteri pertamanya, bagaimanapun ada juga yang memuji wanita itu kerana sanggup berkorban demi kebahagian cinta insan lain.

Sumber: Odditycentral