India pada ketika ini sedang menghadapi tempoh perintah berkurung sebagai langkah untuk mengekang pandemik Covid-19 yang semakin menular.
Disebalik tempoh berkurung tersebut, tahap pencemaran di seluruh negara itu juga memperlihatkan penurunan yang mendadak.
Mana tidaknya, penduduk di utara India mengatakan bahawa mereka boleh melihat gunung Himalaya yang diliputi salji sejauh 200 kilometer untuk pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.
Media sosial dihujani dengan kekaguman oleh masyarakat di daerah Jalandhar, Punjab, terhadap keindahan yang dilihat oleh mereka pada gunung tersebut.
Bekas pemain kriket India, Harbhajan Singh juga berkata ia merupakan pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Lembaga Pusat Pencemaran India berkata perintah berkurung yang dikenakan kepada seluruh negara pada 22 Mac lalu telah menghasilkan peningkatan yang ketara dalam kualiti udara di negara ini.
Di Delhi sahaja, keseluruhannya, terdapat pengurangan sebanyak 44 peratus pada 22 hingga 23 Mac berbanding hari yang sebelumnya.
Sumber: SBS Hindi