Pelbagai jenis masakan di negara ini sememangnya tidak boleh lari dari menggunakan cili. Rasa pedas umpama melengkapkan masakan supaya lebih ‘kick’ dan menyengat.
Kebiasaanya, cili kisar akan dijadikan stok ‘wajib’ di dalam peti sejuk untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Namun sayangnya, setelah dikisar ia tidak mmapu untuk bertahan lama. Kadangkala, hanya seminggu sudah berbau dan berkulat!
Tips cili kisar tahan 3 bulan yang dikongsikan oleh Puan Roazura Bahari menerusi Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) sangat praktikal dan boleh dijadikan panduan untuk anda. Paling best, penyediaanya sangat mudah dan ringkas!
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
1 .Potong dua cili kering dan rebus.

2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili). Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.



4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.


Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto, yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
Sumber: Roazura Bahari via Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)