
Berikutan berita mengenai cuaca Monsun Timur Laut yang melanda negara, sudah banyak kawasan di beberapa buah negeri mula menerima taburan hujan yang tinggi.
Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam banjir yang dapat menjejaskan kawasan dan merisikokan keselamatan penduduk. Bukan itu sahaja, turut dilaporkan beberapa kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan berterusan.
Sudah pastinya keadaan tersebut akan menimbulkan kerisauan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berbukit atau bercerun supaya dapat membuat persediaan awal sekiranya ia berlaku.
Jadi, apakah yang perlu anda diketahui sekiranya bencana alam ini berlaku berdekatan di kawasan tempat tinggal mereka?
Menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat 13 tanda-tanda awal berkemungkinan akan berlakunya bencana geologi tanah runtuh terutamanya di kawasan bercerun.
Antaranya ialah :
Permukaan membonjol di kawasan cerun
Retakan muncul di kawasan cerun
Berlaku resapan air
Genangan air di bahagian hujung cerun
Longkang rosak dan tersumbat
Serpihan batu dan tanah di atas ‘berm’
Lubang tangisan air terhalang
Retakan muncul di kawasan tanah, bangunan dan struktur lain
Berlakunya pergerakan jisim
Boleh menyebabkan pagar, tembok penahan, tiang utiliti atau pokok condong atau bergerak
Batu tergantung lepas di atas batu kapur
Berlakunya hakisan parit
Kawasan berturap seperti jalan perlahan-lahan akan berkembang dan retakan muncul di tanah
Oleh itu, orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah penjagaan awal sekiranya berlaku di kawasan berdekatan anda.
Sumber : JMG Malaysia