Tabung Haji Malaysia (TH) melalui laman sosial rasmi hari ini mengumumkan Agihan Keuntungan tahun 2021 bagi para pendeposit TH.
Menurut TH, peratus agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah sebanyak 3.10 peratus, dengan jumlah agihan RM2.46 bilion.
Berbanding kadar keuntungan deposit tetap yang lain, 12 bulan purata kadar deposit tetap konvensional mencatatkan kadar 2.39 peratus, sementara 12 bulan purata kadar deposit tetap Islamik adalah 2.36 peratus.
Melalui hantaran sama, pihak TH turut mengumumkan tarikh pendeposit boleh melakukan semakan pengkreditan.
“Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula 27 Februari 2022,” ujar TH.
Tambah TH, pendeposit dinasihatkan untuk menyemak pengkreditan melalui saluran berikut:
Portal internet (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank)
THiJARI
ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB)
Sumber: Tabung Haji Malaysia