yuran
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

TABIKA dan TASKA Tidak Dikenakan Kenaikan Harga Yuran Bagi Sesi Persekolahan Tahun Hadapan

Nurul Naqiyah

TABIKA dan TASKA Tidak Dikenakan Kenaikan Harga Yuran Bagi Sesi Persekolahan Tahun Hadapan

Merujuk kepada laporan media bertajuk “Yuran Taska dan Tadika meningkat hingga 25%?”, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ingin memaklumkan bahawa ia tidak melibatkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian pihak kami.

Laporan yang disiarkan oleh sebuah agensi berita, yang memaparkan visual rakaman di dalam Tabika KEMAS, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA KEMAS.

KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan Madani, melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.

Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya di talian 03- 88912682.