Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Indahnya hidup bermasyarakat berbagai kaum jika kita sama-sama memahami antara satu sama lain.
Bagi anda yang bersekolah di sekolah kebangsaan, pasti terkenang suasana muhibbah ketika sama-sama belajar di sekolah tanpa mengenali rasa kebencian antara kaum.
Seorang pengguna Facebook, Rizal Imran pernah berkongsi kenangannya ketika membesar dalam komuniti pelbagai kaum dengan penulis.
“Saya memang asal Kuala Lumpur. Rindukan KL yang dulu.
Setiap hari Deepavali, jiran India saya pasti akan hantar satu dulang kuih maruku la, kari ayam la… dia suruh jiran Melayu pergi beli.
Kalau Ramadhan atau raya, kami selalu hantar makanan kat jiran termasuk yang non muslim.
Sekarang ni antara muslim pun dah takde budaya hantar makanan apalagi antara kaum”
Gambar hiasan.Menjelang Ramadhan ini, hati warga maya terjentik apabila melihat semangat muhibbah antara kaum di Malaysia yang turut sama meraikan kedatangan bulan ini dengan cara mereka sendiri.
Seorang pengguna Facebok, Mohd Fuzaimie Faizan berkongsi pengalamannya ketika berbuka puasa di salah sebuah kedai makanan segera di Mutiara Rini, Johor Bahru.
“Salam Ramadhan ke 22. Uncle Cina ni tanya aku, pukul 7 ke baru boleh makan. Aku cakap, pukul 7.10 baru kami boleh makan.
Tapi untuk uncle, silakan makan sekarang. Uncle Cina tu cakap, takpe takpe, saya tunggu, kita makan sama sama.
Aku cakap, jangan tunggu uncle, lambat lagi ni, ada lagi 15 minit lagi, tapi dia tetap tak makan.
So, uncle, terima kasih sbb menghormati kami orang Islam dan Melayu. You Cina baik uncle.”
Foto: Mohd Fuzaimie FaizanSumber: Mohd Fuzaimie Faizan