Tabiat Korang Patut Tinggalkan Kalau Tak Nak Kereta Cepat Rosak
Kalau sebut pasal kereta, memang semua orang nak jaga baik-baik supaya tahan lama dan tak cepat rosak.
Tapi tanpa sedar, tabiat memandu harian kita yang sebenarnya menyumbang kepada kerosakan kereta dalam jangka masa panjang.
Akhirnya, kita jugalah yang terpaksa keluarkan duit lebih untuk kos baik pulih.
Jadi, kalau nak kereta sentiasa dalam keadaan tip-top dan tak cepat buat hal, ini tujuh tabiat memandu yang korang patut elakkan mulai sekarang.
1. Rev enjin masa kereta masih sejuk
Ramai orang suka tekan minyak kuat-kuat sebaik saja hidupkan enjin, kononnya nak cepat sampai. Hakikatnya, tindakan ini membebankan enjin kerana minyak pelincir belum sempat mengalir sepenuhnya.
2. Tekan klac separuh jalan atau suka ‘coasting’
Ada pemandu yang suka biarkan kaki melekap pada pedal klac, ataupun biar kereta meluncur sendiri tanpa gear.
Cara ini bukan saja tak jimat minyak, malah boleh cepat rosakkan klac. Nak ganti klac pula, memang makan ribuan ringgit.
3. Buat tak tahu pada lampu amaran
Kadang-kadang lampu amaran menyala masa kita sibuk atau rushing. Tapi jangan pernah abaikan. Itu tanda ada masalah pada sistem penting kereta seperti enjin, brek, stereng, tekanan tayar atau minyak enjin.
4. Selalu biar minyak hampir habis
Memandu dengan tangki hampir kosong boleh buat enjin sedut kotoran dari dasar tangki. Lama-lama, ia boleh menyumbat penapis minyak dan merosakkan injector.
5. Tukar gear secara kasar
Walaupun dah biasa memandu, jangan sesekali tukar gear dengan hentakan atau terlalu laju. Perbuatan ini boleh merosakkan kotak gear dan klac.
6. Terlalu bergantung pada ‘engine braking’
Engine braking memang membantu terutama bila turun bukit, tapi kalau terlalu kerap guna kaedah ini, ia boleh memberi tekanan pada komponen enjin dan sistem transmisi.
7. Tekan minyak kuat dalam gear tinggi
Ramai yang suka tekan minyak kuat dalam gear tinggi, contohnya masa mendaki bukit. Tapi ini sebenarnya membebankan enjin kerana RPM rendah tak cukup untuk tampung kelajuan.
Semoga bermanfaat.
BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
BACA: Korang Kena Tahu, Ini ‘Kebenaran’ Di Sebalik Cas Telefon Sampai 100%
BACA: Benda ‘Wajib’ Korang Perlu Buat Kalau Nak Bateri Telefon Tahan Lama
Sumber: Gulf Oil International