Nama YB Syed Saddiq sekali menjadi sebutan di media sosial setelah beliau membuat pengumuman di laman twitternya mengenai bayaran (gaji) yang bakal diperolehi oleh para pelatih (intern).
Selalu kita melihat ramai di kalangan mahasiswa yang menjalani latihan industri di Kementerian, Agensi mahupun Jabatan Kerajaan namun tidak dibayar.
Justeru, pada 24 Julai lalu, Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan bahawa beliau telah membawa isu mengenai paid-intership ini ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Dan sebentar tadi, menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq ada membuat pengumuman bahawa pihak kerajaan dalam satu Mesyuarat Khas Kabinet telah bersetuju untuk menaikkan kadar elaun untuk pelatih .
“Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance di Kementerian, Agensi atau Jabatan, dari RM300 ke RM900 (RM5 setiap jam). We did it! Berkuatkuasa pada 1 September 2019.”
Sumber: Syed Saddiq