Gambar: Bernama

Syed Saddiq Buat ‘Report’ Polis, RM250,000 Dalam Rumah Hilang

Aqmal Ezany

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq melaporkan bahawa satu kejadian kecurian pada 28/3/2020 telah berlaku di rumahnya.

Menurut satu foto laporan polis yang dimuat naik oleh Syed Saddiq melalui akaun Twitter rasminya, kecurian tersebut telah menyebabkan wang tunai yang disimpan di dalam peti besi berjumlah RM250,000 lesap.

Tambahnya lagi, ketika dia menyedari kejadian tersebut, peti besinya itu tiada sebarang kesan umpil dan rumah serta biliknya berada dalam keadaan kemas.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti bebenang yang dibuat oleh Syed Saddiq seperti berikut:

Sumber: Syed Saddiq