Gambar: Oddity Central

Syarikat Jepun Bakal Keluarkan Peranti Tiruan, Bantu Kurangkan Ketagihan Pegang “Phone”

Noorliyana Ishak

Syarikat Jepun Bakal Keluarkan Peranti Tiruan, Bantu Kurangkan Ketagihan Pegang “Phone”

Sebuah syarikat di Jepun dikhabarkan bakal mengeluarkan sebuah telefon pintar tiruan iaitu AcryPhone yang berfungsi untuk mengurangkan rasa ketagihan terhadap telefon pintar, lapor Oddity Central.

Walaupun ramai yang cuba untuk menafikannya, segelintir individu didapati ketagih untuk memegang telefon pintar.

Ramai pengguna menghabiskan masa mereka hanya dengan melihat telefon. Meskipun ada sesetengah yang cuba untuk mengehadkan masa mereka dengan melihat skrin telefon, tetapi ia adalah sesuatu perkara yang sukar untuk diatasi.

Walau bagaimanapun, itu hanyalah salah satu sebab daripada banyak tanda ketagihan yang jauh lebih serius dan sukar untuk diatasi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Memetik Oddity Central, tidak lama lagi akan ada sebuah peranti yang kelihatan dan terasa sama seperti telefon pintar.

Dicipta oleh eKod Works, sebuah syarikat yang terletak di Jepun, AcryPhone adalah sekeping akrilik yang halus seperti telefon pintar, namun tidak mempunyai skrin sebenar, pembesar suara dan lampu LED kecil.

Gambar: Oddity Central

AcryPhone ialah sebuah peranti tiruan yang direka seakan-akan sama seperti telefon pintar untuk membantu pengguna mengatasi masalah ketagihan memegang telefon mereka.

Peranti ini dilancarkan bertujuan untuk dipegang di tapak tangan supaya pengguna boleh mengurangkan rasa ketagih terhadap telefon pintar dengan lebih mudah.

Gambar: Oddity Central

AcryPhone didatangkan dalam dua versi iaitu akrilik berharga 3,300 yen ( RM110.72) dan versi lebih realistik 3,520 yen (RM117.36) yang disertakan dengan plastik perlindungan skrin walaupun peranti ini sebenarnya tidak mempunyai skrin.

Berukuran 146mm x 71mm x 8mm, AcryPhone serasi dengan sarung telefon pintar yang sesuai dengan saiznya, serta penutup lensa kamera, sekiranya pengguna mahu menjadikannya kelihatan lebih realistik.

Gambar: Oddity Central

Peranti tiruan ini baru sahaja diumumkan oleh eKod Works. Kini, pengguna yang berminat boleh mula membuat pra-tempahan di kedai eKod di laman web dan dijadualkan akan mula dihantar pada bulan hadapan.

Lebih menarik lagi, pada tahun 2014, terdapat sebuah syarikat mengeluarkan produk yang hampir sama dengan AcryPhone iaitu NoPhone, sekeping plastik berbentuk seperti iPhone yang direka oleh Klemens Schillinger dari Austria.

Sumber: Oddity Central