Sebuah syarikat Bullitt telah memperkenalkan telefon bimbit pertama di dunia yang bercirikan antibakteria dan boleh dicuci menggunakan air. Telefon bimbit yang dikenali sebagai CAT S42 di bawah jenama Caterpillar adalah salah satu telefon bimbit yang dicipta dengan harga yang mampu milik serta berpatutan.
Telefon bimbit berkenan dilengkapi dengan IP68 yang membawa maksud mempunyai perlindungan terhadap debu dan air serta mendorong pengguna untuk mencuci dan membersihkan telefon bimbit mereka.
Gambar via Oddity CentralMenurut laporan, mulai tahun 2021, CAT S42 akan menaik tarafkan lapisan perlindungan tambahan yang disebut “teknologi antimikrobial Biomaster”, yang dikatakan mampu menghentikan penyebaran kuman pada telefom bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, teknologi Biomaster tidak sepenuhya membunuh bakteria atau virus malah dijangkakan dapat mengurangkan jumlah bakteria di tangan dengan 80 peratus dalam masa 15 minit dan 99.9 peratus dalam masa 24 jam. Walau begitu, syarikat berkenaan menyarankan pengguna untuk mencuci S42 secara berkala dengan sabun dan air agar ia kelihatan bersih.
Gambar via Oddity Central“Ini sangat penting bagi pelanggan kami yang bekerja di sektor kesihatan atau penjagaan sosial, dan mereka yang banyak bergerak untuk pekerjaan mereka” kata Peter Cunningham, Wakil Presiden Bullitt Group.
“Penambahan perlindungan produk antimikroba ke dalam Cat S42 adalah yang pertama untuk telefon bimbit Cat, dan ia akan menjadikan lebih selamat bagi pengguna kerana dilengkapi ciri penting mengikut iklim semasa,”tambahnya.
Sumber: Oddity Central