Syamsul, Puteri Sarah Bercerai 18 April Ini
Pengarah filem Syamsul Yusof secara rasminya akan menfailkan cerai terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April ini.
Difahamkan, Syamsul dan Puteri Sarah telah sebulat suara untuk berpisah secara baik dan aman.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili selebriti berusia 38 tahun itu, ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sehubungan itu, perkara yang melibatkan nusyuz, hadanah, mutaah, eddah, nafkah dan harta sepencarian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut.
Syamsul Yusof fail permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah
Sebelum ini, media melaporkan Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah.
Berdasarkan perkongsian Bernama, beliau dilihat telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama peguam yang mewakilinya.
Syamsul memfailkan permohonan tersebut atas alasan yang menyatakan bahawa Puteri Sarah telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah.
Enggan menceraikan isterinya
Terdahulu, pengarah berusia 39 tahun itu, dilaporkan enggan menceraikan Puteri Sarah dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah.
Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.
Puteri Sarah telah mengemukakan permohonan itu pada 16 Januari lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co. Susulan itu, sebutan kes itu telah ditetapkan pada 7 Mac 2023, maklum peguam Puteri Sarah kepada pemberita.
Kes itu memperuntukkan pihak plaintif dan defendan hadir sewaktu prosiding mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Menurut laporan Bernama, pihak plaintif bersama anak-anaknya tidak lagi tinggal bersama defendan. Ia termasuk di rumah mentua atau di rumah mereka di Taman Melawati.
Ujar Puteri Sarah, beliau berhasrat untuk melaksanakan proses penceraian tersebut secara aman bersama suaminya.
Kes itu dibicarakan di bawah Sekyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan (1984).
“Hal ini berikutan akibat tekanan atau gangguan berpunca daripada pihak ketiga atau hubungan sulit defendan (Syamsul), sehingga beliau telah lama tidak pulang ke rumah tersebutm,” katanya.
Sumber: Sinar Harian