KOTA BHARU, 14 Okt- Susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 12 Oktober lalu di Lembah Klang, Negeri Kelantan telah mencatatkan peningkatan angka kenderaan di tiga pintu masuk,susulan
Peningkatan trafik tersebut membabitkan pintu masuk di Jeli, Gua Musang dan Pasir Putih menurut laporan yang diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat.
DCP Shafien Mamat melalui pihaknya menasihatkan orang ramai yang masuk ke negeri tersebut terutama mereka dari Lembah Klang agar melakukan kuarantin kendiri di rumah.
“Buatlah penilaian dengan betul iaitu menjalani kuarantin sebagai langkah pencegahan, supaya penularan wabak COVID-19 ini tidak membawa sebarang masalah kepada keluarga di Kelantan.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar kekal patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, dalam mencegah penularan wabak COVID-19,” ujar beliau.
Makluman berikut disampaikan sendiri oleh beliau di sidang media selepas menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK), hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan.
Bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP tanpa gagal, beliau mengarahkan kesemua Ketua Polis Daerah supaya meningkatkan pemantauan untuk masyarakat yang masih gagal berbuat demikan.
“Pihak kami mendapati masih ada orang awam yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan, walaupun peringatan telah dilakukan berulang kali.
“Mereka juga diingatkan bahawa terdapat pegawai polis yang berada di merata tempat sama ada berpakaian seragam ataupun tidak, bagi memantau kepatuhan mereka terhadap SOP yang dilaksanakan kini,” ujarnya.
Ketua Polis Daerah juga diminta oleh beliau untuk memudahkan urusan proses permohonan perjalanan individu yang perlu ke laluan PKPB
-Bernama