Ekoran kekecohan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Khamis lepas, pihak Malaysia menyatakan hasrat untuk membuat laporan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Laporan tersebut bertujuan untuk menuntut keadilan bagi pihak pasukan Harimau Malaya dan juga penyokong-penyokong yang terjejas ketika insiden tersebut.
Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memulakan langkah pertama dengan menemui pihak AFC berikutan isu berkenaan.
Pertemuan itu adalah bertujuan untuk mengesahkan hasrat FAM untuk membuat laporan kepada FIFA susulan insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia.
Dalam pertemuan itu juga, pihak FAM turut mendapat nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan yang berkesan bagi menghadapi perlawanan kedua yang bakal berlangsung 19 November 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sumber: Football Association of Malaysia (Official)