
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pihaknya akan tutup beberapa pencawang elektrik di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas TNB, penutupan tersebut dibuat berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku di banyak tempat di sekitar Lembah Klang sebentar tadi.
Berikut di bawah adalah notis pengumuman tersebut.
Pelanggan yang dihargai,
Susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna.
Berikut senarai pencawang elektrik yang akan ditutup.
Kuala Lumpur: 1. Royal Cendana 2. Bukit Aman 3. Class G Qrt 4. PDRM Bukit Aman 5. Hospital Tang Lin 6. Car Park Jalan Tanglin 7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya 8. Jalan Kebun Bunga 9. Jalan Young Stat 10. Pejabat Perancang Selangor 11. Banyan Tree Signature Jalan Conlay 12. Amphitheater 13. The Royale Chulan Hotel 14. Pangsapuri Sri Jati Jalan Jati 15. Kompleks Budaya Kraf 16. Restoran Sri Melayu 17. Rest Hotel Jalan Jati 18. Kraftangan Jalan Conlay 19. Hotel Westin 20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera 21. Menara Worldwide Jln Bkt Bintang 22. Menara Keck Seng 23. Royal Selangor Golf Club 24. RHB 25. Wisma Inai 26. Bintang Goldhill Jalan Tun Razak 27. The Forum 28. Jalan Bukit Bintang 29. Bukit Bintang 30. Ritz Carlton Hotel 31. Istana Johor Persiaran Stonor 32. The Pearl Jalan Stonor 33. Dua Residency Jalan Tun Razak 34. Conlay Court 35. The Ascott Jalan Pinang 36. Menara BIMB Jalan Perak 37. Suria Stonor 38. Mni Tower 39. Hotel Impiana KLCC Jalan Pinang 40. Lot 170 J Perak
Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
PERINGATAN:
Sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.
Sumber: TNB