Susulan Banjir Kilat & Cuaca Tak Menentu, Semua Stor Giant Di Selangor & Lembah Klang Ditutup Sementara

Aqmal Ezany

Syarikat pasaraya terkenal, Giant Malaysia, memaklumkan bahawa semua stor Giant di Selangor dan Lembah Klang akan ditutup sementara dari jam 7.00 malam, 18 Disember 2021 sehingga diberitahu kelak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi Giant Malaysia, penutupan tersebut terpaksa dilakukan berikutan bajir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Tarikh pembukaan semula serta kemas kini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi Giant.

Pihak pengurusan Giant turut mengingatkan semua pelanggan kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

“Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan kami berharap semua kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” tulis kenyataan itu.

Sumber: Giant Malaysia