Dekat kedai banyak dah sekarang kita nampak orang jual susu kurma.
Siap ada yang berebut-rebut nak beli sebab katanya sedap. Umum tahu, pengambilan kurma masa bulan puasa ni sangat-sangat digalakkan selain sunnah Rasullulah, buah ini juga mempunyai khasiat yang baik.
Siapa tak kenal Khairul Aming dengan resepi-resepi mudahnya. Berikut perkongsian dan cara-cara homemade susu kurma mudah, yang penting tanpa pengawet.
1 cawan oat yang dicampur 1 cawan susu segar dan gaulkan. Kemudian letak tepi.
Ambil pula 4 biji kurma yang telah dibuang biji dan rendam di dalam satu cawan air.
Letakkan kedua-duanya (buah kurma yang direndam & campuran oat serta susu segar) di dalam peti sejuk sebelum tidur.
Akhir sekali, blend kedua-dua bahan tersebut (boleh juga ditambah pisang atau Nutella bagi yang kurang menggemari oat).
Kurma shake siap untuk dihidang.
Sumber: Khairul Aming