Susu Goodday Dan Siti Khadijah Bergabung Sempena Ramadan Ini

Nur Farra

Susu Goodday telah memperkenalkan edisi susu berperisa kurma terbaru hasil kolaborasi dengan Siti Khadijah, jenama busana Muslim terkemuka tempatan. Minuman ini bukan sahaja menjadi pilihan yang memuaskan untuk berbuka puasa, malah melambangkan kesucian bulan yang mulia ini.

Susu Goodday dan Siti Khadijah telah melancarkan susu kurma sempena bulan puasa dan Hari Raya. Kotak pembungkusannya juga direka dengan wajah yang premium dan minimalis selari dengan gaya Siti Khadijah. Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dihasilkan dengan ekstrak sebenar buah kurma berkualiti tinggi yang dicampur dengan susu enak berkrim untuk memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa pastinya akan melegakan dahaga dan mengenyangkan perut anda setelah berbuka.

Sebagai rakan kedai serbaneka eksklusif, Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah kini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja (kecuali Langkawi) untuk waktu yang terhad. Tersedia dalam paket 250ml ianya mudah dibawa ke mana-mana untuk kemudahan anda. Ditambah lagi, untuk menghindari ketinggalan waktu berbuka puasa kerana kesesakan jalan raya, Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah juga boleh didapati di platform e-dagang seperti Shopee Supermarket dan Foodpanda.

Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd telah berkongsi bahawa Siti Khadijah adalah jenama busana Muslim terkenal yang menggabungkan reka bentuk Islamik dengan warisan budaya Melayu. “Kami percaya kerjasama dengan jenama tempatan yang terkenal di kalangan komuniti umat Islam akan memberikan lebih kepentingan dan hubungkait kami sebagai rakan kongsi, sebab itu kami ingin memperkenalkan sesuatu yang baharu dan memberi sensasi melalui tawaran produk eksklusif dan promosi menarik kami.”

“Di setiap musim perayaan, kami berusaha untuk memberikan yang terbaik mengikut kemahuan para pelanggan dengan mendagangkan barangan eksklusif kami yang menerapkan aspek kebudayaan berbeza samada dari segi reka bentuk atau perisa untuk mencerminkan perayaan mereka. Buah kurma selalunya dikaitkan dengan bulan Ramadan dan juga kaya vitamin, jadi sasaran kami adalah untuk mencipta pasangan yang sesuai dengan Susu Kurma Goodday dengan Siti Khadijah yang terkenal sebagai jenama ibadah oleh komuniti umat Islam di sini,” kata Amy.

Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah juga berkongsi sebagai jenama yang mengeluarkan busana Muslim, mereka juga teruja dapat bekerjasama dengan Susu Goodday kerana jenama mereka sekarang terpapar buat julung kalinya di 7-Eleven – kedai serbaneka yang juga terkenal dan dikunjungi orang ramai. “Siti Khadijah berbangga dengan reka bentuk produknya yang lain daripada yang lain, dan melihat nama jenama tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia dalam kedai serbaneka yang disinggah ramai merupakan satu detik yang besar mengikut misi kami untuk berkembang dan capai pasaran yang lebih besar.”

Sebagai salah satu jenama susu terkenal di Malaysia sejak 1968, Susu Goodday berdedikasi untuk memberikan minuman susu berperisa yang dipenuhi zat nutrisi sebagai salah satu sumber pemakanan yang sihat dan seimbang untuk rakyat Malaysia.

“Kolaborasi dengan rakan kongsi yang bersependapat adalah penting untuk mencapai kejayaan kerana ianya membolehkan kita untuk berinovasi dan juga belajar daripada satu sama yang lain melalui pertukaran idea dan cadangan untuk mencapai pasaran yang lebih besar sambil membina misi dan visi secara bersama. Kami berharap untuk sentiasa bekerjasama di masa hadapan,” Amy mengungkap.

Susu Goodday juga akan menganjurkan pertandingan yang menarik hasil kerjasama dengan 7-Eleven, Shopee Supermarket dan Foodpanda di mana anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif dari Siti Khadijah dan baucar tunai! Dapatkan Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dan cuba sekarang!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dan promosi terbaharunya, sila layari

https://www.etikaholdings.com/ETIKA%20html/campaigns/GooddayxSKkurma.html