Mempunyai berat badan yang ideal sudah pastinya menjadi idaman setiap orang. Apa tidaknya, berat badan yang seimbang dapat memberikan keyakinan kepada seseorang. Pun begitu, bukanlah perkara mudah untuk memastikan berat badan kekal seimbang. Dengan dugaan lambakan makanan yang enak-enak, sudah pastinya akan membantutkan usaha untuk menurunkan berat badan.
Lebih parah apabila perut ‘meminta-minta’ dijamu pada waktu lewat malam. Sudah pastinya akan menjejaskan berat badan. Pun begitu janganlah risau kerana Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Twitter berkongsikan tips untuk mengelak makan pada waktu lewat malam.
Bagi mengelakkan makan lewat malam, ingat beberapa perkara berikut:
1.Rancang waktu makan harian
Jangan langkau waktu makan untuk elakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya
Amalkan #sukusukuseparuh bagi setiap waktu makan
Ambil snek sihatseperti buah/susu sebelum tidur jika perlu
2. Elak tidur lewat
Berjaga lewat malam boleh cetuskan rasa lapar yang keterlaluan
Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari
Elakkan aktiviti yang menyebabkan anda tidur lewat
3. Jika masih lapar
Elakkan ambil makanan/minumanyang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek.
Tidur segera
Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia