Bekalan darah di Pusat Darah Negara kini berada paras zon yang rendah.
Menerusi satu status ‘Surat untuk rakyat Malaysia’ di laman Twitter rasminya mengundang sebak kerana ia seolah-olah para ‘frontliners’ sedang bercakap kepada masyarakat semua.
“Tak banyak yang kami minta, kami mengharapkan saudara dan saudari hadir derma darah demi membantu pesakit…”

Jadi, sama-sama kita membantu antara satu sama lain dengan menderma darah ini. Mungkin darah yang kita derma dapat menyelamatkan ribuan pesakit di Malaysia.
Sumber: Pusat Darah Negara