Suram & Sayu Di Kediaman Arwah Abam, Orang Ramai Hadir Untuk Ziarah

Amira

Gombak, 10 Feb – Suasana suram menyelubungi kediaman Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 (Abam Bocey) di sini hari ini.

Kelihatan orang ramai serta saudara mara mula berkumpul dan bersiap sedia bagi memberi penghormatan terakhir buat allahyarham.

Menurut Bernama, jenazah akan dimandikan di rumahnya di Gombak sebelum disolatkan selepas solat Asar di Masjid Gombak Utara.

Lintas langsung di perkampungan beliau dikongsikan laman Malaysia Gazette di laman Facebook mereka.

Sumber: Malaysia Gazette