Fenomena Supermoon atau bulan kelihatan lebih besar bakal terjadi pada hari Khamis ini dan merupakan kali yang keempat serta terakhir bagi tahun ini, lapor NBC News.
Supermoon pada hari Khamis ini akan berada 361408.9 kilometer dari Bumi, manakala bulan Julai sebelum ini adalah 357418.1 kilometer dari Bumi, menurut almanak.
Difahamkan, supermoon itu berlaku sewaktu bulan Sturgeon. Ia dinamakan bersempena nama ikan kerana bakal bertepatan dengan hujan meteor Perseid yang berlaku sejak 14 Julai lalu.
Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), “Persieds adalah salah satu daripada hujan meteor yang paling banyak (50-100 meteor dilihat setiap sejam) dan keterangan bulan membuatkan ia kurang dilihat”.
Bagaimanapun, NASA mendakwa kecerahan bulan juga akan menyebabkan planet Zuhal kelihatan kerana bumi akan berada di antara planet dan matahari pada 14 Ogos.
Sehubungan itu, ia akan membawa pandangan Zuhal ke langit bumi dan tampak seperti bintang besar pada hari Khamis ini, lapor Earthsky.org.
Untuk makluman, supermoon berlaku apabila bulan baru atau bulan penuh disebabkan paling hampir dengan Bumi dalam orbitnya menurut Old Farmer’s Almanac.
Supermoon terakhir ini dapat dilihat kira-kira 7 peratus lebih besar dari biasa. Bagaimanapun, ia sukar untuk mengetahui sama ada bila bulan itu kelihatan lebih besar.
Sehubungan itu, untuk mengetahuinya, bulan perlu dilihat sewaktu terbit atau terbenam. Tambahan informasi, dikatakan supermoon seterusnya hanya boleh dilihat sehingga Ogos 2023.
Terdahulu, fenomena supermoon berlaku pada bulan Mei, Jun, Julai dan kini pada bulan Ogos.
Sumber: NBC News