Suntrack Meraikan Kehidupan Berbilang Upaya Dengan Kepadatan Rendah Di Erat Residence
ERAT ialah kondominium pegangan bebas berketumpatan rendah oleh Suntrack Development, yang direka untuk menyokong kehidupan pelbagai keupayaan.
Tiada Kategori

Suntrack Meraikan Kehidupan Berbilang Upaya Dengan Kepadatan Rendah Di Erat Residence

Siti Sakinah

Suntrack Meraikan Kehidupan Berbilang Upaya Dengan Kepadatan Rendah Di Erat Residence

Shah Alam, 9 Julai 2025 – Suntrack Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju tempatan yang ternama, telah meneruskan pembinaan kediaman-kediaman dengan reka bentuk sejagat yang disesuaikan untuk golongan pelbagai upaya dan tahap umur menerusi pembangunan terbaharunya, Erat Residence di Alam Impian, Shah Alam.

“Kami memahami bahawa individu lazimnya melalui perjalanan hidup berbeza yang kadangkala memerlukan perubahan dari segi keperluan pergerakan di sekeliling rumah. Situasi ini mungkin timbul disebabkan keadaan kesihatan yang berubah pada satu-satu peringkat usia, yang mungkin menjejaskan daya pergerakan atau mempengaruhi ahli keluarga yang lanjut usia. Sebagai pemaju, kami seharusnya membudayakan reka bentuk yang menggalakkan keterangkuman dan penuaan setempat,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suntrack Development Sdn Bhd, James KK Tan.

ERAT ialah sebuah kondominium kepadatan rendah dengan pegangan hak milik kekal, yang terletak di kawasan seluas 4.49-ekar di bandar terancang, Alam Impian, Shah Alam; dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mencecah RM173.36 juta. Pembangunan ini meliputi 269 unit dengan luas binaan antara 1,098 kps dan 2,206 kps.

Secara khususnya, ERAT direka untuk pembeli rumah berbilang generasi, sama ada pasangan yang ingin memilih saiz rumah yang sesuai, keluarga yang mahu memulakan hidup baharu, atau golongan profesional muda yang mencari kediaman sendiri di luar hiruk-pikuk kehidupan kota. Terdapat tiga pilihan susun atur untuk dipadankan dengan pelbagai saiz isi rumah, iaitu Jenis A, B dan C. Jenis A menyediakan tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua tempat letak kereta (terdapat unit Jenis A dalam jumlah terhad yang mempunyai tiga tempat letak kereta), dengan kawasan binaan seluas 1,098 kps.

Sementara itu, Jenis B, mempunyai ruang binaan seluas 1,216 kps dan menyediakan konfigurasi empat bilik tidur dan dua bilik air dengan pilihan dua hingga tiga tempat letak kereta bagi unit tertentu.

Jenis C mempunyai saiz binaan 2,206 kps dengan susun atur lima bilik tidur dan empat bilik air dengan peruntukan sehingga empat tempat letak kereta. ERAT dijual pada harga berpatutan antara RM598,000 hingga RM 1.2 juta dan dijangka siap menjelang Suku 4, 2028.

ERAT ialah kondominium pegangan bebas berketumpatan rendah oleh Suntrack Development, yang direka untuk menyokong kehidupan pelbagai keupayaan.

Berbekalkan kesungguhan untuk menyediakan kemudahan dan rekabentuk sejagat dalam pembangunan perumahan, Tan menambah, “Sesungguhnya rekabentuk yang mesra untuk semua laipsan masyarakat adalah sesuatu aspek yang cukup dititikberatkan di peringkat global. Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyenaraikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan sebagai salah satu daripada 17 matlamatnya. Segala pertimbangan ini telah menjadi inspirasi kepada falsafah reka bentuk Youniversal kami, yang diterapkan ke dalam pembangunan ERAT, menjadikannya kediaman yang sesuai untuk insan dari semua peringkat usia dan semua jenis keupayaan,” ujar Tan.

Tiada insan yang dikecualikan

Berpegang pada konsep ‘MAGIC’ (singkatan dalam Bahasa Inggeris bagi Multi-Ability,multi-Generational Inclusive Community atau Komuniti Terangkum Berbilang Upaya, Berbilang Generasi), iaitu istilah yang diperkenalkan oleh Dr. Bill Thomas, ERAT direka khas dengan ruang dan ciri-ciri yang mempermudah penuaan setempat. Di dalam setiap unit, kemudahan berbilang upaya yang sedia terbina termasuk bingkai pintu seluas 900mm yang lebih besar daripada rumah biasa dan ruang lantai luas di bilik tidur, ambang pintu, bilik tidur dan ruang dapur yang memudahkan kereta sorong bayi atau kerusi roda untuk berpusing. Di samping itu, terdapat perbezaan aras lantai minimum dengan tanjakan di pintu masuk unit dan bilik air untuk memudahkan pergerakan. Ciri berbilang upaya ini turut diterapkan dalam ruang umum kondominium, dengan kawasan awam yang memudahkan pergerakan, di samping penggunaan jubin taktil atau sentuh dan papan tanda braille.

Dicipta untuk ketenangan minda dan gaya hidup kontemporari

Keselamatan diutamakan di ERAT dengan pemantauan keselamatan 24-jam yang dilengkapi sistem kad akses dan pengawasan CCTV. Reka bentuk intuitif dan mesra kanak-kanak sesuai bagi keluarga yang sedang membesarkan si manja di ERAT. Kondominium ini menyediakan kolam pada aras lebih tinggi untuk mencegah para penghuni daripada jatuh secara tidak sengaja, kolam cetek kanak-kanak dan bilik permainan berpagar untuk ketenangan minda. Kemudahan rekreasi lain termasuk gimnasium, gelanggang badminton dan bola keranjang, kawasan BBQ, dan taman permainan untuk dinikmati oleh anggota isi rumah lain. Ruang bersama yang menawarkan kemudahan tambahan lain termasuk podium letak kereta berbilang tingkat yang dihubungkan ke bangunan kediaman, surau, ruang membaca, bilik mesyuarat, taman herba komuniti dan laluan berjalan kaki atau berbasikal.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 10 – Mengurangkan Ketidaksamarataan, Suntrack percaya bahawa pemaju perlu menormalkan kebolehcapaian inklusif dan penuaan dalam reka bentuk mereka.

Cekap guna tenaga demi manfaat bumi dan kehidupan mesra insan

Faktor cekap guna tenaga diterapkan dalam reka bentuk ERAT untuk mengoptimumkan penggunaan sumber. Bermula dengan susun atur arah utara-selatan optimum bagi bangunan untuk mewujudkan ruang dalam lebih dingin, pembangunan ini juga mengoptimumkan penggunaan air menerusi tangki pengumpulan air hujan untuk menyiram tumbuhan landskap. Selain itu, penerapan tandas dwipam turut membantu pemilik rumah mengurangkan penggunaan air. Tambahan lagi, aliran bekalan air masuk ERAT disalurkan menerusi penapis berpusat untuk meningkatkan kualiti air bagi para penghuni.

Antara ciri mesra bumi lain yang disediakan termasuk pengasingan sisa, tong kitar semula, dan penggunaan cat dinding Sebatian Organik Kemeruapan Rendah (VOC) yang menyumbangkan kepada kualiti udara dalaman lebih baik, khususnya bagi penghuni dengan masalah pernafasan sensitif. Sementara itu, untuk keselesaan tambahan, kondominium ini juga menyediakan tempat letak kereta berbumbung, dan ruang hijau daripada taman kecil dan kawasan berlandskap.

Daya Tarikan Pinggir Bandar

Di luar sempadan ERAT, pemilik kediaman boleh memanfaatkan kemudahan yang tersedia hasil daripada perancangan pelan induk bandar hak milik kekal Alam Impian. Terletak hanya 8km dari pusat bandar Shah Alam dan 30 minit perjalanan ke Subang Jaya, bandar ini boleh ditujui dengan mudah melalui lebuh raya LKSA, KESAS, Federal, dan ELITE, tambahan lagi dengan sistem rel di masa depan, dijangka menaik taraf tahap keterhubungan.

Di tengah-tengah Alam Impian terletak Taman LakePoint, sebuah kawasan hijau seluas 31 ekar dengan tasik rekreasi pusat, laluan pejalan kaki, kawasan rumput yang berteduh dan air pancut muzikal, agar para penghuni boleh beristirahat sambil menikmati aktiviti bersama komuniti pada hujung minggu.

Bandar ini juga menempatkan Eaton International School yang memenuhi keperluan pendidikan anak-anak bagi yang berkeluarga. LakePoint Central, yang terletak di sebelah tasik rekreasi, menawarkan pilihan kafe, kedai runcit, tempat menjamu selera terbuka tampil sebagai hab sosial menarik bagi penghuni dan pengunjung. Kemudahan komuniti lain berhampiran kawasan tersebut termasuk gerai pasar, masjid, dan stesen polis, menawarkan gaya hidup menyeluruh yang membolehkan penghuni belajar, bermain dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Senarai kemudahan di Alam Impian disempurnakan dengan hospital yang terletak berhampiran, termasuk Hospital Pakar KPJ Selangor, Hospital Columbia Asia dan Hospital Pakar Avisena.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 10 – Mengurangkan Ketidaksamarataan, Suntrack percaya bahawa pemaju perlu menormalkan kebolehcapaian inklusif dan penuaan dalam reka bentuk mereka.

Tinjauan hartanah bagi Separuh Kedua 2025

Mengulas mengenai prestasi industri hartanah, Suntrack mempunyai pandangan berhati-hati namun tetap optimis, dengan pertumbuhan stabil separuh pertama dijangka diteruskan sehingga separuh kedua tahun ini. Unjuran ini disokong oleh nilai transaksi kukuh pada awal 2025 dan sentimen positif daripada REHDA dan para perunding hartanah. Malaysia mencatatkan bilangan transaksi suku tahunan tertinggi dalam sedekad (70,520 unit pada Suku ke-3 2024), dengan baki hartanah tidak terjual kekal pada paras terendah dalam tempoh tujuh tahun—menunjukkan kadar jualan kukuh dan tekanan jualan semula yang terhad.

“Jualan strata dan harta bertanah antara RM500K sehingga RM700K dijangka kekal kukuh. Sejajar dengan perkembangan ini, sebahagian besar pelancaran disasarkan kepada segmen ini, dengan harga yang sesuai dengan tahap kemampuan kumpulan M40 and B40.

Saya percaya kita boleh meramalkan jualan mantap yang berpacukan permintaan, terutamanya dalam segmen kehidupan terangkum Pegangan Kekal, Kepadatan Rendah. Sebab itulah kami yakin bahawa ERAT berada pada kedudukan yang kukuh kerana memenuhi keperluan pasaran, khususnya dengan pakej harga dan pembiayaan yang sesuai untuk mereka yang baru mula membina keluarga dan pesara,” kata Tan.

Apabila berbicara tentang projek dalam perancangan, Suntrack bersiap sedia untuk melancarkan projek baharu pada suku pertama 2026 yang termasuk pembangunan rumah mampu milik di Setia Alam dan gudang perindustrian dan kilang di Sepang.

ERAT dilancarkan berikutan kejayaan dua lagi projek pembangunan Suntrack di Setia Alam. Kedua-dua projek ini merangkumi Tuai Barat Residence, yang telah menyerahkan milikan kosong pada 2024 dan Tuai Timur Residence yang habis dijual pada 2024 yang bakal siap menjelang 2026.

Ketahui lebih lanjut tentang reka bentuk Youniversal di ERAT Residence oleh Suntrack Development dengan melayari www.suntrack.com.my/ERAT/ atau kunjungi Galeri Pameran ERAT Residence No.1 Jalan Hang Nadim 35/45, Alam Impian, Seksyen 35, 40470 Shah Alam, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan, e-mel [email protected] atau telefon +6011 2222 8000 atau +6011 2222 9000.

#Suntrack #BuildingWithPassionForAllForLife #ERATResidence