Semua sudah maklum, antara amalan kebaikan yang paling mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT adalah bersedekah.
Bermacam-macam cara untuk kita bersedekah. Mungkin ada yang gemar bersedekah dengan duit, ada pula memberikan makanan asas seperti beras dan tepung.
Malah ada juga yang mewakafkan harta tertentu untuk kegunaan ramai seperti kipas di masjid. Tidak kira apa pun, selagi mana ianya sedekah, amalan itu tetap dipandang tinggi.
Namun apa yang berlaku di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan, Pahang ini amat menyentuh hati kita apabila tampil seseorang hamba Allah bersedekah dalam bentuk emas. Mari ikuti perkongsian pihak masjid ini.

Assalamualaikum
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seorang penyumbang budiman yang telah bermurah hati menitipkan sumbangan rantai tangan pulut dakap eksklusif 12 gram + dan 1 gram 999.9 ‘goldbar’ kepada kami.
Sumbangan ini akan disalurkan kepada santunan keperluan anak-anak yatim.
Sememangnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, sumbangan sebegini benar-benar dapat meringankan beban pihak yang sedang diuji dengan kesusahan.

Sekali lagi, terima kasih. Moga kita dapat bergabung lagi pada masa yang akan datang. Semoga Allah memberi ganjaran atas segala kemurahan hati. Amin.
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati.
“Makmurkan Masjid, Berdayakan Umat”
#MasjidNegeriSultanAhmad1Kuantan #27TahunMasjidNegeriSultanAhmad1 #SantunanDhuafa’ #MajuMantapPahangDarulMakmur #CareTowardsTheCommunity #emas916tulen #916gold #womenaccessories #goldjewellery #anklet #gelangtanganpadu #GoldBar
