Sebanyak 13 sungai dilaporkan berada pada paras bahaya manakala 10 lagi berada pada tahap amaran setakat pagi tadi.
Menurut Laman Web Rasmi Public Info Banjir, terdapat beberapa sungai yang berada pada paras bahaya, amaran dan waspada yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak.
Sungai yang melebihi paras bahaya di Kelantan adalah di Sungai Golok di KG Jenob, Tanah Merah dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan aras bahaya melebihi 2.02 m dan 1.57m.
Bagi sungai yang melebihi paras bahaya di Terengganu pula adalah di Sungai Besut di Jambatan Keruak, Sungai Besut di Kampung La, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Berang di Kg Menerong, Sungai Telemong di Kuala Ping, Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Sungai Setiu di Kampung Besut dan Empangan Tembat di Hulu Terengganu.
Sungai yang berada pada paras tanda amaran melibatkan 10 sungai di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Bagi sungai di Kelantan yang berada pada paras amaran ialah stesen Rantau Panjang di Pasir Mas, Kampung Temangan di Machang dan Kampung Sungai Nal di Kuala Krai dengan menunjukkan tren menaik.
Bagi daerah Terengganu pula, sungai yang berada pada paras amaran ialah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik.
Bagi negeri Sarawak pula, sungai yang berada pada paras amaran adalah di stesen Benawa di Miri, Long Teru di Miri dan Sungai Simalajau di Bintulu.
Terdapat juga 6 sungai yang berada pada paras waspada di Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Sungai yang berada pada paras waspada di Terengganu adalah di Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun dengan bacaan 10m.
Status sungai di Kelantan yang berada pada paras waspada pula melibatkan Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kampung Karangan di Kuala Krai dengan masing-masing mencatatkan bacaan 12.0m, 20.0m dan 27.0m.
Sungai di Sarawak yang berada pada paras waspada adalah stesen Marudi di Miri dan juga Ukong di Limbang dengan masing-masing menunjukkan tren tiada perubahan dan menurun.
Sumber: Laman Web Rasmi Public Info Banjir