Ketakutan merupakan salah satu tanggapan emosi terhadap sesuatu ancaman yang berkemungkinan terjadi kepada diri sendiri. Setiap orang mempunyai tahap ketakutan yang berbeza pada sesuatu perkara. Selain perkara-perkara mistik, manusia juga takut terhadap perkara lain dan salah satunya ialah nombor 13.
Walaupun ianya dianggap sebagai sesuatu yang pelik, namun ketakutan pada nombor 13 ini adalah perkara biasa bagi masyarakat di Barat. Malah, ketakutan ini turut dinamakan sebagai Triskaidekaphobia.
Kebanyakan orang yang mengalami triskaidekaphobia adalah disebabkan oleh fobia atau perasaan takut yang mendalam dan berterusan terhadap nombor 13. Walau bagaimanapun, penyakit ketakutan ini boleh diatasi dengan melakukan pendedahan disertakan kombinasi ubat-ubatan.
Kenapa masyarakat Barat takut nombor 13 ?
13 kali datang haid setahun secara purata
Mengikut perkiraan kitaran haid selama 28 hari, seorang wanita secara umumnya mempunyai sekitar 13 kitaran haid dalam masa setahun. Perkara ini dianggap tidak bernasib baik kerana emosi seseorang wanita itu terganggu ketika itu.
Gambar: NorthShore13 huruf bagi sesuatu nama
Menurut kepercayaan tahyul bagi masyarakat lama, sesiapa yang mempunyai nama terdiri daripada 13 huruf dianggap sebagai mempunyai unsur negatif. Perkara ini jelas diperlihatkan menerusi beberapa nama pembunuh terkenal seperti Charles Manson, Jeffrey Dahmer dan Albert De Salvo. Selain daripada nama berkenaan, anda juga sudah pasti mengetahui individu yang bernama Adolf Hitler yang turut dikenali sebagai Adolfus Hitler.
Gambar: independent.ie12 nombor sempurna, 13 mungkin malang
Bagi masyarakat barat, nombor 12 dianggap sebagai perwakilan kepada kesempurnaan dan juga penyelesaian bagi sesuatu masalah. Disebabkan itu, mereka menolak nombor yang hadir selepasnya, iaitu 13. Sesuatu yang sempurna tidak perlu diberikan penambahan. Oleh itu, nombor 13 akan menyebabkan kesempurnaan terjejas dan boleh menimbulkan sikap tamak dalam diri seseorang.
Gambar: Time and Date13 Oktober 1307
Tarikh berkenaan merupakan tarikh bagi penangkapan Knight’s Templar dan juga merupakan tarikhnya dibunuh. Tarikh tersebut yang jatuh pada hari Jumaat juga menambahkan lagi ketakutan masyarakat barat terhadap nombor berkenaan.
Gambar: AllureWalau bagaimanapun, ketakutan nombor 13 ini kebiasaannya dialami oleh masyarakat barat sahaja. Perkara ini disebabkan oleh kisah-kisah yang berlaku di sekeliling mereka pada masa yang lampau sehingga menyebabkan mereka trauma terhadap nombor berkenaan.
Sumber: The Anthrotorian