
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim telah menyaksikan tayangan khas PASKAL The Movie di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Sabtu lalu.
Selain baginda berdua, kira-kira 100 lagi orang penonton termasuk alumni University of Strathclyde, United Kingdom antara yang turut menyaksikan filem berkisarkan kehebatan Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Tayangan tersebut mendapat pujian Sultan yang mengharapkan filem tersebut akan ada sekuel yang seterusnya.
Setakat ini, filem PASKAL terbitan Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Venturs dan Astro Shaw ini telah meraih kutipan sebanyak RM22 juta dalam masa 18 hari tayangan.