Gambar: BERNAMA

Sultan Pahang Doakan Kesihatan Sultan Brunei, Titah Solat Hajat Diadakan

Hannah

Sultan Pahang Doakan Kesihatan Sultan Brunei, Titah Solat Hajat Diadakan

KUANTAN, 29 Mei (Bernama) — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat hari ini bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

BACA: Sultan Brunei Masuk IJN

BACA: Perkembangan Terkini Sultan Hassanal Bolkiah – Jabatan Perdana Menteri Brunei

BACA: Sultan Brunei Dinasihat Tidak Terima Pelawat – Pejabat Perdana Menteri

Sumber: BERNAMA