Tidur adalah satu aktiviti yang sangat ‘disukai’ ramai kerana ia dipercayai mampu membuatkan segala kepenatan, masalah, tekanan dan sebagainya hilang.
Malah, kebiasaannya selepas bangkit dari tidur (yang mencukupi), badan kita akan terasa lebih segar.
Secara fitrahnya, Allah menjadikan waktu siang untuk kita bekerja, manakala malam pula untuk berehat (tidur).
Namun, bukan semua individu berpeluang merasai nikmat dan proses tidur yang sempurna.
Tidak dinafikan, ada segelintir antara kita yang mempunyai masalah sukar untuk tidur.
Tahukah anda, sebenarnya masalah tidur ini ada kaitan dengan isu kesihatan mental seseorang.
Perkara ini dibahaskan oleh seorang pakar psikiatri, Dr. Rostam melalui Twitternya baru-baru ini.
Ikuti huraian permasalahan dan solusi di bawah ini.
Gambar sekadar hiasan.MASALAH TIDUR BERKAITAN ISU KESIHATAN MENTAL
Kebanyakan orang yang mengalami masalah tidur ini mengalami simptom yang berbeza-beza.
Di bawah ini adalah sembilan (9) simptom yang biasa dialami mereka:-
Gambar sekadar hiasan.Cara atasi? Amalkan ‘sleep hygiene’ seperti disenaraikan:
1. Elakkan minuman berkafein, gula tinggi & minuman tenaga pada lewat petang dan waktu malam.
2. Amalkan waktu rutin tidur dan bangun tidur yang sama (walaupun tak boleh tidur).
3. Elakkan melihat jam selepas melewati waktu tidur yang telah ditetapkan. Bagus kalau boleh tiada jam dalam bilik.
4. Offline seawal mungkin sebelum waktu tidur. Around 30 minit. Jangan amalkan melihat phone/media sebelum lelap mata.
5. Amalkan rutin sebelum tidur yang boleh tenangkan fikiran. Baca Quran, relaxing music etc.
6. Mandi air suam before tidur. Penurunan suhu badan selepas mandi bantu mengantuk.
7. Minum fresh milk suam before tidur. Dalam susu ada prekursor Serotonin yang bantu tidur.
9. Suhu sejuk dalam bilik (kalau ada aircond). Tidak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.
10. Katil hanya untuk dua perkara sahaja: tidur dan seks. Benda lain kena buat kat tempat lain termasuk main phone.
11. Makan dinner awal. Elakkan senaman lewat malam yang memenatkan.
12. No blue lights in your room. Tidur dalam gelap @ lampu tidur yang malap. Kondusif untuk hasilkan hormon Melatonin yang penting untuk tidur.
13. No nicotine/alcohol/drugs termasuk ubat tidur beli tanpa jumpa doktor.
Masih tak boleh tidur? Jumpalah doktor anda untuk dapatkan tips selanjutnya.
Di bawah ini adalah respon dan perkongsian oleh beberapa netizen yang turut mengalami masalah sama.




Sumber: Dr. Rostam